Stranger Things 2

Perkara yang unik mengenai Stranger Things musim pertama adalah pengenalan kepada karakter, dah juga mengenai dunia “upside down”.  Untuk Stranger Things musim kedua agak sukar untuk ia membawa atau mengunakan konsep yang sama.  Mereka berjaya melakukanya walaupun tidak sepenuhnya. Scene pertama untuk episod yang pertama mereka mulakan dengan pengenalan karakter baru dan mencipta misteri baru dan selepas itu siri ini menyambung terus dari musim pertama.

Siri ini melakukan dengan baik untuk membawa cerita dari musim pertama kepada musim kedua tanpa menjadikan cerita itu sebagai ulangan sebaliknya menjadikan musim kedua sebagai penambahan kepada misteri yang sedia ada walaupun musim kedua berlaku setahun selepas peristiwa musim pertama.  Jika musim pertama banyak memfokuskan mengenai Eleven sebagai kanak-kanak yang mempunyai kebolehan, musim kedua lebih memfokuskan mengenai siapa Eleven.

Pengenalan watak baru juga dilakukan secara baik tetapi penulis merasakan ada dua watak yang karakter menarik tetapi cerita belakang mereka contohnya mengenai keluarga, perwatakan mereka agak keterlaluan dan apabila disertakan dengan karakter sedia ada mereka nampak jangal tetapi tidak membuatkan mereka kurang menarik.  Ada juga karakter baru yang hanya dikaitkan dengan Eleven tetapi karakter ini juga penulis rasa macam siri ini terlalu ingin membawa karakter ini ke depan, jadi penonton tidak mampu untuk menerima seperti yang diharapkan.

Bahkan, untuk tidak menerangkan secara terperinci, akan ada plot yang panjang mengenai karakter baru dan Eleven bagi penulis plot ini agak penting untuk pengenalan karakter baru tetapi tidak memberi apa-apa untuk Eleven dan juga kepada cerita kesulurahan menjadikan plot ini terlalu bosan.  Mungkin ia akan diceritakan lebih baik pada musim ketiga.  Menyambung mengenai musim ketiga, bagi penulis musim kedua sudah mula nampak yang penceritaan sudah hampir habis dan penulis berharap musim ketiga adalah musim terakhir untuk Stranger Things kerana jika ditambah musim lagi mungkin penceritaan menjadi makin berjela dan bukanya menarik.

Secara kesluruhan, penulis merasakan Stranger Things 2 masih membawa keseronokan dan keunikan siri ini dari musim pertama, pengenalan watak dan beberapa plot boleh dilakukan dengan lebih baik tetapi ia masih siri yang baik dan mampu berdiri sama tinggi dengan Stranger Things asal.

Tinggalkan komen?