Tag Archives: Drama

Three Billboards Outside Ebbing, Missouri

Pertama kali penulis mengetahui tentang filem ini ialah semasa membaca berita berita berkenaan tragedi tembakan rambang di sebuah sekolah di Florida, Amerika Syarikat. Sebuah kumpulan aktivis bernama Avaaz telah meniru gaya sebuah filem bertajuk Three Billboards Outside Ebbing, Misouri untuk mengkritik tindakan Senator Marco Rubio yang mempertahan pendirian Presiden Donald Trump untuk tidak mengetatkan undang-undang …

Ulasan Surf This Love: Gelora Juara

Sebelum pulang dari tempat kerja, penulis terlintas untuk menonton wayang. Melihat kepada senarai filem yang ditayangkan, tiada filem yang menarik minat penulis tetapi kerana ingin juga menonton sesuatu, penulis memilih Surf This Love: Gelora Juara (STL) kerana ianya satu-satunya filem berbahasa Melayu yang sedang ditayangkan….baiklah anda betul, ada filem Badang tetapi tayangannya adalah terhad. Berbalik …

The End of the F***ing World

Selepas kejayaan 13 Reasons Why, Netflix kembali mengetengahkan kisah remaja “bermasalah” dalam siri The End of the Fxxxing World. Penulis mengakui, sewaktu pertama kali melihat iklan di Netflix, penulis merasakan tajuknya agak keterlaluan. Mereka sedang melalui fasa remaja, apa yang menyebabkan kebencian total mereka terhadap seluruh dunia pada usia yang masih muda? Digarap dari novel …

The Third Murder (Sando-me No Satsujin)

The Third Murder merupakan filem dari Jepun yang diarahkan oleh Hirokazu kore-eda. Filem ini bergenrekan drama misteri, yang berkisahkan mengenai Misumi (Koji Yakusho) didapati bersalah membunuh bekas majikannya dan dia sendiri mengaku pembunuhan ini. Shigemori (Masaharu Fukuyama) seorang peguam diminta oleh kawannya Settsu (Kotaro Yoshida) yang merupakan peguam kepada Misumi untuk mengambil alih kes ini. …

Downsizing

Diarah oleh Alexander Payne yang sebelum ini mengarah filem seperti Nebraska dan The Descendant, Downsizing adalah filem drama, komedi dan juga sains fiksyen. Filem ini bermula dengan saintis membuat penemuan cara untuk mengecilkan manusia tanpa sebarang kesan sampingan kecuali mereka tidak boleh kembali kepada saiz yang asal yang dipanggil downsizing.  Selepas beberapa tahun penemuan ini, …

Along With The Gods: The Two Worlds

Along With The Gods: The Two World merupakan filem pertama dari dua filem untuk siri ini , filem kedua akan dikeluarkan pada musim panas tahun ini dan filem ini merupakan adaptasi dari webcomic oleh Joo Ho-Min. Penulis tidak membaca webcomic yang menjadi sumber untuk filem ini jadi penulis tidak akan membuat sebarang perbandingan. Untuk mengulas …

Busker

Filem Busker bukanlah mengenai kisah sekumpulan Busker mengharungi liku-liku hidup sebaliknya filem ini adalah mengenai kisah cinta seorang remaja bernama Adil lakonan Hafeez Mikail yang merupakan seorang busker.  Selepas berpisah dengan teman wanitanya dari sekolah menengah lagi iaitu Melissa Tan lakonan Elizabeth Tan, dia menjauhkan diri dengan berpindah ke kolej yang baru. Di sinilah secara …

The Greatest Showman

Penulis hanya sedar tentang filem ini apabila trailer nya disiarkan sebelum tayangan Star Wars: The Last Jedi. Melihatkan trailernya, penulis telah meletakkan filem ini sebagai filem wajib tonton bagi bulan Disember 2017. Kenapa? Penulis sendiri tidak dapat menjawab soalan tersebut. Filem ini merupakan sebuah filem muzikal, menjadikannya filem muzikal keempat yang penulis tonton pada tahun …

Ferdinand

Ferdinand adalah filem animasi keluaran Blue Sky Studios dan juga diarahkan oleh Carlos Saldanha.  Ini bukanlah gabungan pertama antara Blue Sky Studios dan Carlos Saldanha, bahkan kebanyakan filem yang dikeluarkan oleh Studio ini diarahkan oleh beliau seperti Ice Age dan Rio dengan kata lain filem Ferdinand tidak berbeza jika ingin dibandingkan dengan filem dari mereka …

Alias Grace

Jika anda seorang peminat genre fiksyen misteri dan sedang tercari-cari judul untuk anda binge-watch di Netflix, anda patut menonton Alias Grace. Sebagai limited series yang hanya mempunyai 6 episod, anda boleh menghabiskannya dalam hari yang sama. Alias Grace merupakan siri TV Kanada-Amerika. Mula-mula ditayangkan di CBC Television di Kanada dan kemudiannya di Netflix untuk pasaran …