Tag Archives: Aksi

Black Panther

Black Panther diarahkan oleh Ryan Coogler yang sebelum ini mengarah filem seperti Creed dan Fruitvale Station. Black Panther adalah filem mengenai Black Panther atapun T’Challa (Chadwick Boseman) apabila kematian ayahnya iaitu raja kepada Wakanda semasa Captain America: The Civil War menjadikan dia pewaris kepada takhta. Wakanda merupakan satu negara di Afrika yang menjadi kaya kerana …

Braven

Braven diarahkan oleh Lin Oeding yang merupakan pengarah yang agak baru terutama dalam dunia perfileman. Filem ini juga ditulis oleh Michael Nolin dan Thomas Pa’a Sibbett, melainkan maklumat yang penulis dapat adalah salah, mereka juga agak baru dalam dunia penulisan. Mungkin kerana itu berdasarkan pemerhatian penulis filem ini juga menunjukkan kekurangan pengalaman dalam penceritaan. Filem ini …

12 Strong

12 Strong menggabungkan 2 genre kesukaan penulis; perang dan kisah benar. Berikut ulasan kepada filem 12 Strong, filem bertemakan perang pertama yang penulis tonton pada tahun ini. Filem ini diarah oleh Nicolai Fuglsig dan 12 Strong ialah filem Hollywood sulung arahannya. 12 Strong adalah adaptasi kisah benar yang telahpun diterjemahkan ke dalam sebuah buku bertajuk …

Along With The Gods: The Two Worlds

Along With The Gods: The Two World merupakan filem pertama dari dua filem untuk siri ini , filem kedua akan dikeluarkan pada musim panas tahun ini dan filem ini merupakan adaptasi dari webcomic oleh Joo Ho-Min. Penulis tidak membaca webcomic yang menjadi sumber untuk filem ini jadi penulis tidak akan membuat sebarang perbandingan. Untuk mengulas …

The Commuter

Penulis meletakkan harapan yang agak tinggi kepada The Commuter selepas pertama kali menonton trailer filem ini. Namun setelah menontonnya, harapan penulis hancur berkecai. Berikut ulasan kepada filem ini. Bagi penulis, jalan cerita The Commuter adalah sangat longgar, tidak realistik dan secara peribadi, seolah-olah membodohkan penonton. Mengisahkan seorang bekas tentera, iaitu Michael McCauley lakonan Liam Neeson. …

Jumanji: Welcome to the Jungle (2017)

Memori penulis terhadap Jumanji hanyalah sebagai sebuah filem yang pernah ditonton di RTM2 sewaktu masih di sekolah rendah dulu. Yang penulis ingat, ianya mengisahkan sekumpulan kanak-kanak yang disedut masuk ke dalam permainan “board game” yang sedang mereka main. Itu sahaja. Mungkin betul, mungkin salah. Sejak beberapa bulan lepas, trailer Jumanji: Welcome to the Jungle mula …

Star Wars: The Last Jedi

Sebelum penulis meneruskan ulasan, penulis terlebih dahulu ingin memberitahu satu perkara yang agak penting untuk dijadikan sebagai penanda aras kepada ulasan ini, The Force Awakens merupakan filem Star Wars terbaik bagi penulis.  Mungkin kerana penulis adalah generasi yang sudah tahu mengenai Star Wars sebelum menonton mana-mana filemnya, kerana itu Star Wars dari episode 4,5,6 ke …

Baahubali

Memandangkan aspirasi laman ini ialah untuk mejadi laman terbaik yang menyajikan ulasan-ulasan filem, TV dan games dalam Bahasa Malaysia, penulis telah disuruh oleh rakan pengulas untuk mengulas filem-filem Melayu. Lantas penulis memulakan carian filem Melayu di Netflix. Namun begitu, apabila penulis memasukkan keyword ‘Malay’ di search bar, filem pertama yang keluar bukan filem Melayu mahupun …

The Punisher

The Punisher merupakan siri terbaru yang dikeluarkan oleh Marvel Television dan ABC Studios untuk Netflix.  The Punsiher menjadi watak keempat untuk siri TV Marvel di Netflix menyertai Daredevil, Jessica Jones, Iron Fist dan Luke Cage.  Untuk sesiapa yang tidak pernah mengenali The Punisher, nama sebenar The Punisher adalah Frank Castle dia digelar sebagai The Punisher …

Justice League

Jika Justice League dikeluarkan beberapa tahun yang lepas ulasan ini akan mempunyai tonasi yang berbeza, tetapi Justice League dikeluarkan pada akhir tahun 2017 setelah berpuluh filem superhero sudah dikeluarkan.  Untuk Justice League menjadi satu filem yang gah, filem yang boleh diingati untuk suatu masa yang lama bahkan untuk filem yang berbaloi untuk ditonton beberapa kali …