Along With The Gods: The Two Worlds

Along With The Gods: The Two World merupakan filem pertama dari dua filem untuk siri ini , filem kedua akan dikeluarkan pada musim panas tahun ini dan filem ini merupakan adaptasi dari webcomic oleh Joo Ho-Min. Penulis tidak membaca webcomic yang menjadi sumber untuk filem ini jadi penulis tidak akan membuat sebarang perbandingan. Untuk mengulas …

Insidious: The Last Key

Penulis bukanlah seorang peminat filem horror. Biasanya penulis hanya akan menonton filem bergenre sebegini apabila dipelawa oleh rakan-rakan penulis. (Disclaimer: Bukan bermaksud penulis seorang penakut hantu, cuma setiap orang memiliki genre filem kegemaran masing-masing.) Penulis diajak untuk menonton Insidious: The Last Key semalam dan berikut ulasan filem tersebut. The Last Key ialah siri keempat yang …

Busker

Filem Busker bukanlah mengenai kisah sekumpulan Busker mengharungi liku-liku hidup sebaliknya filem ini adalah mengenai kisah cinta seorang remaja bernama Adil lakonan Hafeez Mikail yang merupakan seorang busker.  Selepas berpisah dengan teman wanitanya dari sekolah menengah lagi iaitu Melissa Tan lakonan Elizabeth Tan, dia menjauhkan diri dengan berpindah ke kolej yang baru. Di sinilah secara …

The Commuter

Penulis meletakkan harapan yang agak tinggi kepada The Commuter selepas pertama kali menonton trailer filem ini. Namun setelah menontonnya, harapan penulis hancur berkecai. Berikut ulasan kepada filem ini. Bagi penulis, jalan cerita The Commuter adalah sangat longgar, tidak realistik dan secara peribadi, seolah-olah membodohkan penonton. Mengisahkan seorang bekas tentera, iaitu Michael McCauley lakonan Liam Neeson. …

10 Filem 2017 Kegemaran Kami

  Bagi tahun 2017 kami menonton lebih kurang 70 filem keseluruhan, dan kami merasakan tahun 2017 merupakan satu tahun yang baik untuk pengemar filem.  Ada banyak variasi filem yang dikeluarkan tidak kira penceritaan baru ataupun sekuel.  Untuk memilih 10 filem kegemaran ini kami memilih sepenuhnya berdasarkan perasaan kami selepas menontonya, jadi ada kemungkinan filem yang …

The Greatest Showman

Penulis hanya sedar tentang filem ini apabila trailer nya disiarkan sebelum tayangan Star Wars: The Last Jedi. Melihatkan trailernya, penulis telah meletakkan filem ini sebagai filem wajib tonton bagi bulan Disember 2017. Kenapa? Penulis sendiri tidak dapat menjawab soalan tersebut. Filem ini merupakan sebuah filem muzikal, menjadikannya filem muzikal keempat yang penulis tonton pada tahun …

Pitch Perfect 3

Selepas Pitch Perfect (2012) dan Pitch Perfect 2 (2015), sebenarnya penulis tidak menyangka Elizabeth Banks akan kembali menerbitkan Pitch Perfect 3 pada tahun ini. Kenapa? Kerana bagi penulis Pitch Perfect 2 sudah kurang menarik daripada Pitch Perfect, jadi mungkin kita tidak lagi memerlukan Pitch Perfect 3. Namun, itu hanyalah sekadar pendapat peribadi penulis dan Pitch …

Ferdinand

Ferdinand adalah filem animasi keluaran Blue Sky Studios dan juga diarahkan oleh Carlos Saldanha.  Ini bukanlah gabungan pertama antara Blue Sky Studios dan Carlos Saldanha, bahkan kebanyakan filem yang dikeluarkan oleh Studio ini diarahkan oleh beliau seperti Ice Age dan Rio dengan kata lain filem Ferdinand tidak berbeza jika ingin dibandingkan dengan filem dari mereka …

Jumanji: Welcome to the Jungle (2017)

Memori penulis terhadap Jumanji hanyalah sebagai sebuah filem yang pernah ditonton di RTM2 sewaktu masih di sekolah rendah dulu. Yang penulis ingat, ianya mengisahkan sekumpulan kanak-kanak yang disedut masuk ke dalam permainan “board game” yang sedang mereka main. Itu sahaja. Mungkin betul, mungkin salah. Sejak beberapa bulan lepas, trailer Jumanji: Welcome to the Jungle mula …

Star Wars: The Last Jedi

Sebelum penulis meneruskan ulasan, penulis terlebih dahulu ingin memberitahu satu perkara yang agak penting untuk dijadikan sebagai penanda aras kepada ulasan ini, The Force Awakens merupakan filem Star Wars terbaik bagi penulis.  Mungkin kerana penulis adalah generasi yang sudah tahu mengenai Star Wars sebelum menonton mana-mana filemnya, kerana itu Star Wars dari episode 4,5,6 ke …