The Girl With Dragon Tattoo (2009 – Swedish)

Penulis sudah menonton The Girl with Dragon Tattoo yang dikeluarkan oleh Hollywood pada tahun 2011 dan diarahkan oleh David Fincher tetapi untuk ulasan kali ini adalah untuk filem yang sama tetapi dikeluarkan lebih awal iaitu 2009 dan berbahasa Swedish.  Dari segi perbezaan antara dua filem ini bagi penulis kedua-kedua membawa penceritaan siri yang berdasarkan dari siri novel Millennium yang ditulis oleh Stieg Larsson dengan baik.  Penulis tidak akan membuat sebarang perbandingan diantara filem dan novel walaupun penulis sudah membaca kesemua novel dalam siri ini tetapi tidak semua yang ingin ataupun telah menonton filem ini membacanya.

Kekuatan filem yang bergenre misteri dan thriller ini adalah tema yang dibawa iaitu keganasan secara fizikal dan seksualiti terhadap wanita.  Filem ini dari awal jelas menunjukan itu adalah tema yang dibawa dan itu akan membawa peranan yang besar dalam pembawakan karakter utama iaitu Lisbeth Salander.  Lisbeth Salander adalah seoarang penyiasat peribadi dan pengodam yang hebat tetapi jelas mempunyai sejarah yang hitam dalam hidupnya kerana kelakuanya dulu dia mempunyai penjaga yang dilantik oleh kerajaan untuk memerhati kehidupanya.

Watak utama yang seterusnya adalah Mikael Blomkvist iaitu seorang wartawan untuk majalah Millennium oleh kerana masalah dari penulisanya dia berhenti dari Millennium dan diupah oleh Henrik Vanger iaitu bekas CEO untuk Vanger Corporation sebuah syarikat besar di Sweden.  Dia diupah untuk menyiasat mengenai kematian Harriet Vanger iaitu anak saudara kepada Henrik.  Semasa Mikael menyiasat dia dibantu oleh Lisbeth.

Pengunkaran misteri mengenai Harriet Vanger adalah tunjang utama untuk jalan cerita filem ini dan ia dibuat dengan begitu baik.  Pada awalnya Mikael dan Lisbeth sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada masa sama begitu juga sesiapa yang menonton.  Dari masa ke masa apabila fakta-fakta baru dijumpai barulah misteri mengenai Harrietmula difahami.  Apa yang menarik bagi penulis mengenai filem ini adalah apabila fakta-fakta baru dijumpai ia masih membawa tanda tanya, dan misteri akan terus berkekalan hinggalah keakhir.  Tidak akan berlaku dimana karakter dalam filem masih tidak tahu apa-apa dan penonton sudah tahu kesulurhan misteri.  Sebaliknya kadar pengetahuan watak dan penonton adalah lebih kurang sama.

Filem ini juga tidak takut untuk membuatkan penonton tidak selesa dengan babak-babak yang ada dan perasaan tidak selesa ini yang menjadikan filem ini mudah untuk difahami dan membuatkan pembawaan tema mengenai keganasan terhadap wanita menjadi sesuatu yang tidak selesa.  Tema ini juga diselitkan dengan baik dengan penceritaan asal, walaupun pada awalnya tidak nampak kaitan.  Filem ini juga tidak mengunakan konsep sedih atapun kesian sebaliknya menunjukan keganasan itu dari permukaan.  Bagi penulis filem ini adalah antara filem terbaik yang membawa masalah keganasan terhadap wanita dan pada masa sama mempekenalkan watak utama wanita yang baik.

The Girl With Dragon Tattoo adalah filem pertama dari siri Millennium yang mempunyai 3 filem secara kesuluruhan.

Tinggalkan komen?