The Girl Who Played With Fire

The Girl Who Played With Fire merupakan filem sambungan kepada The Girl With Dragon Tattoo, masih mengikut dua watak utama dari filem sebelum ini iaitu Mikael Blownkvist dan Listbeth Salander.  Jika filem sebelum ini menjadi pengenalan kepada kedua watak ini, filem yang kedua ini lebih mendalami kisah silam mereka terutama untuk Listbeth Salander.  Pengarah yang sama dari filem yang pertama, filem ini membawa tonasi yang sama tetapi membawa kelainan dari segi subjek penyiasatan mereka.  Jika filem pertama lebih kepada Blownkvist dan Salander menyiasat mengenai kehilangan seseorang, filem ini lebih dekat dengan kehidupan Listbeth Salander.

Mikael Blownkvist ataupun syarikat majalahnya iaitu Millennium menerima informasi mengenai perdagangan manusia dan pelacuran yang melibatkan orang berpangkat di Sweden.  Informasi ini diberi oleh Dragan Armanskij, berminat dengan informasi yang diberi Blownkvist bersetuju untuk menulis perihal ini di dalam majalahnya.  Semasa dalam proses untuk menguatkan bukti yang ada, Dragan dan isterinya dijumpai mati dibunuh.  Ia menjadi lebih rumit apabila pistol yang digunakan untuk membunuh mereka mempunyai cap jari Listbeth Salander yang masa ini tidak lansung berhubung dengan Mikael Blownkvist.

Berbeza dengan filem sebelum ini tidak banyak penyiasatan berlaku, kedua-dua watak lebih kepada memberikan reaksi selepas sesuatu berlaku berbanding merungkai apa yang berlaku.  Ini menjadikan filem ini walaupun mengekalkan konsep misteri tetapi menjadi lebih aksi berbanding penyiasatan.  Banyak juga babak yang berlaku lebih bergantung kepada nasib berbanding atas sebab usaha mereka ini menjadikan filem siri kedua ini kurang menarik berbanding filem yang pertama.  Penceritaan lebih mendalam mengenai Lisbeth Salander seperti mengapa dia memerlukan penjaga, dan juga penjelesan mengenai beberapa flashback dari filem pertama sedikit membantu untuk mengekalkan filem ini untuk menjadi menarik.

Seperti filem pertama, filem ini juga masih mengekalkan tema mengenai jenayah terhadap wanita dan ditambah lagi dengan layanan negatif terhadap wanita dalam tempat kerja.  Cara filem ini bermain dengan tema ini adalah sangat efektif dan mesej ataupun perkara negatif yang cuba disampaikan adalah mudah diterima dan tidak dilakukan secara melampau yang boleh membuatkan filem ini menjadi menjengkelkan.

Blownkvist dan Salander masih dilakonkan dengan baik, walaupun di dalam filem ini mereka jarang bersama tetapi perhubungan antara mereka jelas dan mampu dirasai oleh penonton.  Penambahan watak lain terutama polis juga agak dilakukan dengan baik.  Mereka juga mempunyai perwatakan yang menarik dan tidak rasa tambahan adalah sekadar untuk menambahkan watak sahaja, semua mempunyai fungsi yang penting dan semua dilakukan dengan efektif.

Tinggalkan komen?