Mengapa The Half Blood Prince adalah Filem Terbaik Harry Potter

Bulan ini penulis mempunyai sedikit masa lapang, apa benda kebiasaan yang dibuat oleh orang yang mempunyai masa lapang?  Betul! Menonton semula filem-filem Harry Potter, dari The Philosopher Stone hinggalah The Deathly Hallow Bahagian Kedua.  Penulis baru sahaja menghabiskan penontonan semula ini, dan berasa agak terkejur kerana masih ada sedikit perkara-perkara yang penulis tidak perasan sebelum ini walaupun ini mungkin kali keempat ataupun kelima penulis menontonya.  Dahulu penulis sentiasa menganggap The Prisoner of Azkaban adalah filem terbaik kerana keunikanya tidak kira dari segi watak iaitu Sirius Black, ia juga mempunyai putaran masa menjadikan filem ini agak menarik.  Untuk kali ini penulis merasakan The Half Blood Price adalah filem terbaik Harry Potter.  Ini adalah mengapa;

1. The Half Blood Prince adalah filem Harry Potter yang paling ringan, tetapi dengan cara yang baik,  Filem ini bagaikan Thor: Ragnarok bagi Thor tetapi untuk Harry Potter.  Bila dibandingkan dengan filem-filem Harry Potter lain, The Half Blood Prince rasa agak lain dan lebih seronok untuk ditonton.  Lakonan lebih bebas, perwatakan setiap karakter berbeza contohnya Harry Potter yang selalunya agak bermasalah menjadi lebih terbuka dan tenang manakala sebaliknya untuk Draco Malfoy, karakter yang selalunya mencetuskan masalah dan nakal menjadi pendiam bahkan tertekan.  Perubahan ini menjadikan filem ini agak segar.

2. The Half Blood Prince juga filem Harry Potter yang penulis rasa paling banyak membuatkan penonton ketawa, setelah beberapa siri filem agak kelam, The Half Blood Prince bagaikan lampu suluh yang menerangkan balik siri ini dan menjadikan penulis berasa lebih seronok untuk menonton.  Dalam satu babak Harry Potter minum satu potion yang dipanggil Felix Felicis ataupun nama lain Liquid Luck.  Selepas meminumnya, karakter Harry Potter berubah menjadi sangat ‘carefee’ dan bagi penulis ini adalah babak terbaik untuk Harry Potter dalam keseluruhan filem.

3. Penulis membesar dengan filem Harry Potter, filem pertama dikeluarkan pada tahun 2001 dan penulis 12 tahun.  Penulis sentiasa menganggap Harry Potter adalah filem untuk kanak-kanak sehinggalah beberapa siri yang terakhir.  Setelah menonton balik penulis merasakan The Half Blood Prince adalah filem yang mengubah Harry Potter dari filem kanak-kanak kepada filem dewasa atau dengan lebih tepat lagi remaja.  The Half Blood Prince lebih banyak menceritakan masalah remaja berbanding filem Harry Potter sebelum ini tetapi pada masa sama mengekalkan tarikan untuk penonton yang lebih muda.

4.  Walaupun The Half Blood Prince filem yang ringan, mempunyai babak lawak yang lebih banyak dan memfokuskan kepada kehidupan remaja tetapi apabila tiba untuk babak penting bagi mengerakan penceritaan kearah yang lebih berat iaitu mengenai Voldermort dan juga apa yang berlaku terhadap beberapa karakter, filem ini melakukanya dengan baik.  Dengan kata lain filem ini mempunyai segala yang bagus mengenai siri Harry Potter dan menambah dengan perkara-perkara baru yang lebih mudah untuk ditonton.

Atas kombinasi keempat perkara diatas penulis merasakan The Half Blood Prince adalah filem terbaik Harry Potter.  Jika penulis ingin menonton filem Harry Potter secara rambang dan hanya satu filem sahaja, penulis akan memilih untuk menonton The Half Blood Price.  Ia akan membuatkan penonton ketawa dan ada masanya menangis.  Itu adalah pendapat penulis bagi anda apakah filem yang paling digemari dalam siri Harry Potter?  Tidak pernah menonton?  Tolong bertaubat.

1 Comment

Tinggalkan komen?