Ulasan Surf This Love: Gelora Juara

Sebelum pulang dari tempat kerja, penulis terlintas untuk menonton wayang. Melihat kepada senarai filem yang ditayangkan, tiada filem yang menarik minat penulis tetapi kerana ingin juga menonton sesuatu, penulis memilih Surf This Love: Gelora Juara (STL) kerana ianya satu-satunya filem berbahasa Melayu yang sedang ditayangkan….baiklah anda betul, ada filem Badang tetapi tayangannya adalah terhad. Berbalik …

Black Panther

Black Panther diarahkan oleh Ryan Coogler yang sebelum ini mengarah filem seperti Creed dan Fruitvale Station. Black Panther adalah filem mengenai Black Panther atapun T’Challa (Chadwick Boseman) apabila kematian ayahnya iaitu raja kepada Wakanda semasa Captain America: The Civil War menjadikan dia pewaris kepada takhta. Wakanda merupakan satu negara di Afrika yang menjadi kaya kerana …

Braven

Braven diarahkan oleh Lin Oeding yang merupakan pengarah yang agak baru terutama dalam dunia perfileman. Filem ini juga ditulis oleh Michael Nolin dan Thomas Pa’a Sibbett, melainkan maklumat yang penulis dapat adalah salah, mereka juga agak baru dalam dunia penulisan. Mungkin kerana itu berdasarkan pemerhatian penulis filem ini juga menunjukkan kekurangan pengalaman dalam penceritaan. Filem ini …

The Third Murder (Sando-me No Satsujin)

The Third Murder merupakan filem dari Jepun yang diarahkan oleh Hirokazu kore-eda. Filem ini bergenrekan drama misteri, yang berkisahkan mengenai Misumi (Koji Yakusho) didapati bersalah membunuh bekas majikannya dan dia sendiri mengaku pembunuhan ini. Shigemori (Masaharu Fukuyama) seorang peguam diminta oleh kawannya Settsu (Kotaro Yoshida) yang merupakan peguam kepada Misumi untuk mengambil alih kes ini. …

Downsizing

Diarah oleh Alexander Payne yang sebelum ini mengarah filem seperti Nebraska dan The Descendant, Downsizing adalah filem drama, komedi dan juga sains fiksyen. Filem ini bermula dengan saintis membuat penemuan cara untuk mengecilkan manusia tanpa sebarang kesan sampingan kecuali mereka tidak boleh kembali kepada saiz yang asal yang dipanggil downsizing.  Selepas beberapa tahun penemuan ini, …

Along With The Gods: The Two Worlds

Along With The Gods: The Two World merupakan filem pertama dari dua filem untuk siri ini , filem kedua akan dikeluarkan pada musim panas tahun ini dan filem ini merupakan adaptasi dari webcomic oleh Joo Ho-Min. Penulis tidak membaca webcomic yang menjadi sumber untuk filem ini jadi penulis tidak akan membuat sebarang perbandingan. Untuk mengulas …

Busker

Filem Busker bukanlah mengenai kisah sekumpulan Busker mengharungi liku-liku hidup sebaliknya filem ini adalah mengenai kisah cinta seorang remaja bernama Adil lakonan Hafeez Mikail yang merupakan seorang busker.  Selepas berpisah dengan teman wanitanya dari sekolah menengah lagi iaitu Melissa Tan lakonan Elizabeth Tan, dia menjauhkan diri dengan berpindah ke kolej yang baru. Di sinilah secara …

Ferdinand

Ferdinand adalah filem animasi keluaran Blue Sky Studios dan juga diarahkan oleh Carlos Saldanha.  Ini bukanlah gabungan pertama antara Blue Sky Studios dan Carlos Saldanha, bahkan kebanyakan filem yang dikeluarkan oleh Studio ini diarahkan oleh beliau seperti Ice Age dan Rio dengan kata lain filem Ferdinand tidak berbeza jika ingin dibandingkan dengan filem dari mereka …

Star Wars: The Last Jedi

Sebelum penulis meneruskan ulasan, penulis terlebih dahulu ingin memberitahu satu perkara yang agak penting untuk dijadikan sebagai penanda aras kepada ulasan ini, The Force Awakens merupakan filem Star Wars terbaik bagi penulis.  Mungkin kerana penulis adalah generasi yang sudah tahu mengenai Star Wars sebelum menonton mana-mana filemnya, kerana itu Star Wars dari episode 4,5,6 ke …

Jibam

Jibam adalah filem adaptasi novel bertajuk sama yang ditulis oleh Ibrahim Anon ataupun lebih popular dengan gelaran Ujang.  Diarah oleh Che Mie, Jibam mungkin merupakan arahan filem pertama untuk diri beliau, tetapi mungkin penulis tersalah kerana penulis tidak mempunyai pengatahuan yang luas berkenaan industri perfileman tempatan.  Itu adalah kekurangan penulis yang akan cuba ditambah baik.  …