Bulan: Januari 2018

The Third Murder (Sando-me No Satsujin)

The Third Murder merupakan filem dari Jepun yang diarahkan oleh Hirokazu kore-eda. Filem ini bergenrekan drama misteri, yang berkisahkan mengenai Misumi (Koji Yakusho) didapati bersalah membunuh bekas majikannya dan dia sendiri mengaku pembunuhan ini. Shigemori (Masaharu Fukuyama) seorang peguam diminta oleh kawannya Settsu (Kotaro Yoshida) yang merupakan peguam kepada Misumi untuk mengambil alih kes ini. …

Downsizing

Diarah oleh Alexander Payne yang sebelum ini mengarah filem seperti Nebraska dan The Descendant, Downsizing adalah filem drama, komedi dan juga sains fiksyen. Filem ini bermula dengan saintis membuat penemuan cara untuk mengecilkan manusia tanpa sebarang kesan sampingan kecuali mereka tidak boleh kembali kepada saiz yang asal yang dipanggil downsizing.  Selepas beberapa tahun penemuan ini, …

12 Strong

12 Strong menggabungkan 2 genre kesukaan penulis; perang dan kisah benar. Berikut ulasan kepada filem 12 Strong, filem bertemakan perang pertama yang penulis tonton pada tahun ini. Filem ini diarah oleh Nicolai Fuglsig dan 12 Strong ialah filem Hollywood sulung arahannya. 12 Strong adalah adaptasi kisah benar yang telahpun diterjemahkan ke dalam sebuah buku bertajuk …

Along With The Gods: The Two Worlds

Along With The Gods: The Two World merupakan filem pertama dari dua filem untuk siri ini , filem kedua akan dikeluarkan pada musim panas tahun ini dan filem ini merupakan adaptasi dari webcomic oleh Joo Ho-Min. Penulis tidak membaca webcomic yang menjadi sumber untuk filem ini jadi penulis tidak akan membuat sebarang perbandingan. Untuk mengulas …

Insidious: The Last Key

Penulis bukanlah seorang peminat filem horror. Biasanya penulis hanya akan menonton filem bergenre sebegini apabila dipelawa oleh rakan-rakan penulis. (Disclaimer: Bukan bermaksud penulis seorang penakut hantu, cuma setiap orang memiliki genre filem kegemaran masing-masing.) Penulis diajak untuk menonton Insidious: The Last Key semalam dan berikut ulasan filem tersebut. The Last Key ialah siri keempat yang …

Busker

Filem Busker bukanlah mengenai kisah sekumpulan Busker mengharungi liku-liku hidup sebaliknya filem ini adalah mengenai kisah cinta seorang remaja bernama Adil lakonan Hafeez Mikail yang merupakan seorang busker.  Selepas berpisah dengan teman wanitanya dari sekolah menengah lagi iaitu Melissa Tan lakonan Elizabeth Tan, dia menjauhkan diri dengan berpindah ke kolej yang baru. Di sinilah secara …

The Commuter

Penulis meletakkan harapan yang agak tinggi kepada The Commuter selepas pertama kali menonton trailer filem ini. Namun setelah menontonnya, harapan penulis hancur berkecai. Berikut ulasan kepada filem ini. Bagi penulis, jalan cerita The Commuter adalah sangat longgar, tidak realistik dan secara peribadi, seolah-olah membodohkan penonton. Mengisahkan seorang bekas tentera, iaitu Michael McCauley lakonan Liam Neeson. …